online readers

Klik Klik ;)

Bloggers

Website



29.10.12

Interview Lagi dan Lagi!

Assalamualaikum.

A few day before raya aku tergerak hati nak bukak emel. Sebelom ni pon aku rajin jugak buka emel tapi disebabkan line internet yang hanya indah khabar dalam iklan tv, brochure, banner-banner dikedai ejen-ejen telco tutttt haaa sampai aku terpedaya lalu melanggannya dan membayar bil tertunggak setiap bulan tanpa jemu maka aku dah naik malas nak mengecheck Yahoo! mail aku. Hehh sabaq ja la baca ayat hiperbola kek atas nunn. Haha disebabkan aku dah terlanjur menyimpang dari niat sebenar story aku sehingga TERRRkutuk syarikat telco yang terbabit, jadi moleklah rasanya scroll mata anda kebawah yepp buehehe :P
......buka² ja emel tu, emel yang berada di tangga yang terrratas ialah emel dari.....

 Tadaaaaaaaaa!
(sila buat² surprise yerpp hadirin hadirat sekalian) T_T 
Bad quality picture due to copied from incik gugel :')



Sumpah excited weyhh!!!!!!!! See tanda seru tu memang menunjukkan keEXCITEDtan yang sangat nyata teramat sangat muahaha. Reason² why aku excited sangat sebab less than 3 month kalau aku tak salah kira since my last interview with SPA and now aku dapat intebiu with SPA lagi.
Most people cakap susah nak dapat intebiu SPA sebab T&C mereka yang sangat ketat! Tapi bagi aku, ALLAH sangat mudahkan jalan aku. ALHAMDULILLAH. :')

Then bila aku scroll punya scroll emel tu, interview yang ditawarkan adalah bagi jawatan .........

Tudiaaa.... Hangpa semua EXCITED tak? :P


Less than a week lagi aku akan melangkah dengan jayanya ketempat soal siasat tuh. Waa rasa macam kena charge kat court je kan bunyinya kekeke. Oh btw jawatan ni under Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yer kawan². Malam² iron uniform, pagi² sarung uniform sambil membawa pistol. eh pistol? ada ke? ngehngehh. Kalau ada orang nak tau, kalau ada lah kann kann,, my last intebiu dengan SPA dulu adalah untuk jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang under Jabatan Peguam Negara. Tapi disebabkan itu intebiu pertama aku dengan SPA jadi pengalaman tu sangatlah sikit bahkan sebenarnya ZERO!!! haha. My last intebiu adalah dengan TV Al Hijrah untuk jadi Pengacara tv. bunyik macam gempak tak? *tapi sebenarnya ku biasa² saja.(baca macam lagu najwa latif feat sleeq) See, langsung tiada kena mengena dengan kerajaan, mahupon tv free ataupon yang berbayar didonia ini. Jadi dengan pengalaman yang ada kali ni aku akan prepare betul² supaya lebih bersedia! Ayat insaf gitteww :P

Lastttt sekali, bagi anders² kek luar sana yang nak apply keja kerajaan, SPA sekarang tengah buka permohonan untuk kerja² seperti yang tertera dibawah.

Sekiranya anda peminat setia berita semasa anda pasti tahu kan yang sekarang dah boleh isi sehingga 15 jawatan yang mana boleh dipohon oleh pelbagai cabang kelulusan kecuali PMR dan UPSR. Ok silalah gelak. Jadi untuk kerja bergred SPM ni samada anda ada Degree dengan SPM atau Diploma dengan SPM atau anda ada ketiga²nya sekali? wow! anda memang insan cemerlang, gemilang dan mungkin terbilang dikawasan kediaman anda! Jadi silalah ramai² ajak orang kampung anda memohon sama. eh?! kekekeke.
Disebabkan saya bukan repoter rasmi yang dilantik SPA, maka untuk maklumat lanjut sila layari laman web SPA dengan menggunakan segala jenis talian internet anda sendiri atau kunjungi CC milik tokey² cina berdekatan anda.
 
Sekian saja hapdate dari saya cik cc melaporkan untuk diri saya sendiri. buehehe
Till then, adios amigos amino peptida peps!

p/s : If anders² semua ada any experienced yang menarik, tolong, please share laa ye, yeee.... ;)





Annyeong ^_^

9.9.12

Angan-angan atau Impian?



Hye semua! Annyeong ^^

Tengah-tengah duk layan FB ni sambil duk membelek-belek page on9 butik yang menjual segala macam jenis pesyen tudung, tetiba tercetus idea "GILOS" dalam benak pikiran aku. Eceh, sabar jelah baca ayat tu kan.

Actually aku memang dah lama teringin nak try buat sumthing and brandkan atas nama aku. Tapi tu lah, nak laksanakan tu memang tak semudah angan-angan kan..

Dalam kepala otak aku ni aku sangat teringin nak jual TUDUNG. Yeah tudung atau nama saintifiknya SHAWL (err bukan selendang ke? T_T) Ideanya dah ada cuma nak tunggu masa samada mampu ataupun tidak untuk direalisasikan. ahaha.

Kalau kena dengan gaya, silap2 boleh buat pendapatan tetap. Tak jadi side income dah! haha nampak tak angan-angan aku? buehehe :P

Sebelom lebih2 berangan kat tempat yang tak sesuai ni, say gudbye dulu lah.
Bye peps!

Annyeong ^_^

10.8.12

Terminate Mobile Facebook!



Hello dan hypee!!! Kali ni tak mau cakap banyak, just nak share dengan korang semua pasal Pesbuk melalui phone. Ahah, zaman techno2 ni kan dah tak perlu lagi bersusah payah ke CC semata-mata hanya cuma untuk update status kek FB nunn. Tak perlu Ipad atau Samsung Galaxy, cukup dengan hanya telefon cikai punn dah buley update status sekarang nih! (tapi make sure kau bukan pakai 3310 lah kann :P)

Aku punn tak mau ketinggalan jugak dek kecanggihan teknologi nii. Jadi dengan berbesar hatinya aku pun mendaftarkan diri untuk subscribe Facebook Mobile via Celcom. Tapi disebabkan ilmu yang tak berapa penuh didada pasal FB Mobile ni maka aku tak mengactivatekan kod yang dibagi tuh. Jadinya aku pun tak dapek nak update status or receive any notification dari FB. Tapi yang tensennya tuhh, walopon dah macam tuh, kredit aku still ditolak. Hampeh anak ayam betul syarikat C tuh!! Bayangkan sejak aku daftar Jun hari tu sampai aku berjaya terminated hari ni, dah berapa banyak aku menyedekahkan kredit FOC kat depa tuh.

Jadi hari ni aku nak share dengan mereka2 yang dah rasa menyampah dengan Mobile FB, meh aku ajaq cara2 nak terminate.

1: Taip STOP FB

2: Send to 32665

and u're done! Simple kan? Selamat mencuba!! wehuu :P

Annyeong ^_^

8.8.12

Cobaannnn....



Before this aku just tompang kesian dekat annas si photographer yang tersohor tu sebab blog dia di hack dan dipadam oleh sebilangan manusia. Tapi kali ni one of my other blog yang dah lama aku tak buka di report as a SPAM!! WTH? And seriously aku rasa macam oo my ALLAH, virus apa pulak yang blog aku tu dah sebarkan kat internet user sekalian alam ni sampai tegar betul report blog aku tu...

Actually blog tu adalah online shop aku yang tak berapa nak aktif sangat. That is why aku dah lama tak aktif disitu. Nak kata ada orang dengki, perniagaan aku disitu suam-suam kuku saja.. Agaknya PARASIT apalah yang menyerang blog aku yang tak berdosa tu yerr...

Jadi untuk mententeramkan hati sekalian alam(walopon hati aku sangat sedih dikala ini,, T_T) maka dengan rasminya aku dah pun men"DELETED"kan blog yang terbabit. As time pass by, my heart will heal too..

Till then~ salam.

Annyeong ^_^

16.7.12

Triple X Promotion!



Di Suboh2 hening nih aku ada sesuatu nak disharekan! Woot woott! jangan nak gebang lebih sangatlah kann,, bajet gempak. Tapi memang gempak sepeceli untuk peminat2 k-pop. Huwaa apakah? Ni nak kabo lerr...

Hari ni terdetik hati aku nak check my Yahoo! mail. Guess what, aku dapat emel promotion dari Air Asia.(walhal aku memang senantiasa dapat ponn) tapi kali ni emel yang paling menarik perhatian limpa, jantung, paru2 tak terkecuali jugak buah pinggang aku, err... T_T dan sekalian urat belikat yang berfungsi dalam badan aku ni! apakah? apakah?



Yeah! EXTRAVAGANZA promotion from Air Asia X! Abaikan lain-lain destinasi dan sila fokus hanya pada kotak bertanda merah yerr kamu-kamu sekalian alam! Yes, from KUALA LUMPUR to SEOUL, SOUTH KOREA for only RM284ringgit Malaysia!! Gila kau siapa berani cakap tak gempak. Dah lama den tunggu promotion ke Seoul under RM300, and finally....

Biarkan keseronokan hati kalian-kalian menari-menari atas promosi ini dan jangan biarkan Hidden charge (yang mungkin ada@pasti ada) mematikan keriangan ini yerpp! muahaha.

Achaner pon aku hanya mampu buat entry saja, no money just entry wuwuuu.. Jadi sesiapa yang berminat nak travel boleh la mula tempah sekarang tapi peginya taon depan okey! Sabo aje le kekeke.. Kalau dah shopping bebanyak tu, balik sila jangan jeleskan aku ok!

Itu saja, daaa!!!

Annyeong ^_^